BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 3, 2010

Bekam - Sunnah Rasulullah S.A.W

Bekam dalam istilah Melayu membawa maksud pelepasan angin dalam badan atau pelepasan darah kotor dari badan. Didalam bahasa Arab ia dikenali sebagai Al-Hijamah iaitu kaedah pembersihan darah atau angin dalam badan melalui kulit secara sedutan. Tokoh perubatan tersohor dunia, Ibnu Sina (980 - 1037) turut mengamalkan bekam @ hijamah. Keistimewaan kaedah perubatan ini menular hingga ke beberapa negara seperti China, Palestin, Jerman dan negara-negara Eropah.

Daripada Anas bin Malik: "Bahawa tidak aku berlalu (berjalan) di malam Israk dengan malaikat melainkan mereka berkata 'Wahai Muhammad, perintahkan ke atas umat engkau dengan berbekam' "

Berbekam bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi digalakkan kepada mereka yang sihat. Kebiasaannya, darah yang disedut keluar berwarna kehitam-hitaman dan ada juga yang disertai lendir dan bahan-bahan beracun yang lain. Darah bertoksik didalam badan tidak berfungsi lagi untuk tubuh. Akhirnya membawa keracunan dan melemahkan sistem imuniti tubuh. Organ-organ utama terjejas jika darah bertoksid terus-menerus mengalir didalam tubuh.


PERUBATAN ISLAM GANGGUAN KASIH SAYANG (SUAMI ISTERI)

PERAWAT ( PENGAMAL PERUBATAN ISLAM )

Gangguan sihir kepada KASIH SAYANG. ( sihir rukun suami dan isteri ) berlaku dalam keluarga, akan mengakibatkan kehidupan berkeluarga tidak aman, sentiasa bergolak. perlu diambil tindakan segera untuk rawat daripada gangguan itu.

Surah Taha : 39

bermaksud : Dan Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariKu dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanKu.

Kemudian bermunajat dengan doa berikut :

" Ya Allah, semoga si fulan bin si fulan kau rukunkan kembali dalam keadaan kasih sayang dan jangan sampai dalam keadaan bercerai ".

Surah Ali Imran: 31

bermaksud : katakanlah : " jika kamu ( benar - benar ) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa - dosamu. " Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang.



GADIS YANG INGIN BERUMAH TANGGA PERLU BERUSAHA DENGAN KAEDAH ISLAM, BAGI MENDAPAT JODOH. ( JIKA TERLAMPAU LEWAT JODOH )

Surah Al - Hijr :88

bermaksud : Janganlah sekali - kali kamu menunjukkan pandanganmu kepada kenikmatan hidup yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan diantara mereka ( orang - orang kafir itu ), dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka dan berendah dirilah kamu terhadap orang - orang yang beriman.

Surah Taha : 132

bermaksud : Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tiada meminta rezeki darimu, kamilah yang memberikan rezeki kepadamu. Dan akibat ( yang baik ) itu adalah bagi orang yang bertaqwa.

Perlu bantuan, sila hubungi : 012 5622 984

Lokasi perubatan : Petaling Jaya, Rawang, Slim River










0 comments: